Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari ke 47 saya berpantang.... Tak lama lagi dah nak kena masuk opis balik... Ye la dah cukup 60 hari berpantang... Seronok gak duduk kat umah ni... ujung bulan aje gaji masuk.. mau tak seronoknya.
Pada 21 March 2012, aku lahirkan anak lelaki seberat 2.9kg kat Hospital Sungai Buloh. Ni merupakan kali ketiga aku beranak di hospital berkenaan. Aku suka layanan kat situ.. ok lahh.. labour room dia ok.. wad dia pun ok lah... Hubby ada tanya "U nak berabak kat hospital swasta ke kali ni?" ishhh tak yah laa.... kat hospital Sungai Buluh tu dah kira ok sgt laaaa.... Ongkosnya pun tak de la mahai... Hari tu total bill about RM300 aje.. all in...
Mengimbau kembali detik-detik nak melahirkan bb. Suami aku kije kat Bukit Mertajam, Penang. So huby aku hanya pulang ke KL every weekend.. Hehehehe weekend husband la ni... Malam tu mcm tak leh nak tido... jenuh pejam mata tapi tak nak gak terlelap... nak kata rasa sakit... idok la juga... kul 3am rasa sakit perut... g la toilet.. mmmm lega dapat membuang kul 4am rasa cam nak membuang lagi... g lagi.... rasa cam tak bes aje so aku roger suami aku kat arasa cam sakit nak beranak aje... dia pun apa lagi terus bangun packing apa yg patut terus drivr dari Bukit Mertajam ke KL..... biasanya ambik masa 4 - 5 jam ..... aku x de la rasa sakit sgt... kul 6am.. pun aku relaks aje lagi sakit tu cuma datang skali skala ajee... aku rger adik aku suruh dia datang kut2 mana la tau dah sakit sgt boleh dia tolong antorkan...
Adik aku tanya dah sgt sgt ke? ake kata idak laaa cuma skali skala aje dia datang rasa sakit tu. adik aku kata dia g opis dulu pas tu baru dia datangrumah aku... Aku ok aje sebab tak rasa sakit sangat.... Dekat kul 9am adik aku pun sampai rumah aku... Dia tanya nak aku nak g hospital ke? Aku kata tak yah lagi laaa lum terasa sangat sakitnya... Lagi pun dalam pukul 9.30am husband aku sampai... Alang-alang baik tunggu husband aku aje balik.... Aku mintak dia tengokkan anak-anak aku yang lagi dua orang tu. 9.30am, husband aku sampai, terus ambik beg yang aku sediakan tuk bb. Untuk mengelakkan anak aku yang lagi dua orang tu ikut, aku suruh adik aku bawa bebudak tu g NSK.... Dia orang kuar aku pun kuar gak... g hospital ngan hubby. Kat dalam kereta baru terasa sakit datang lebih kerap... Sampai hospital dalam kul 10am. Buat urusan pelbagai dalam 10.15am aku duduk la kat tempat menunggu.... Mak aiiii ramai pulak orang yang nak beranak ari tu... katil x cukup so aku kena lah duduk kat kerusi sambil tunggu giliran... Bila rasa cam tak tahan sangat aku g jumpa nurse yang lalu lalang kat situ, inform kat dia yang rasa sakit dah makin kerap. Dia terus ambik fail aku n suruh aku berbaring untuk d check.... doktor datang check... hmmmm dah 9cm rupanya... terus bawak aku g labour room... waktu tu memang sakit sgt2. ni berpeluh2 mcm orang g marathon pulak rasanya...
Kat Hospital Sg Buloh, suami boleh masuk tengok isteri bersalin... nurse panggilkan suami aku.. tapi masa tu aku lum ready lagi so depa suruh tunggu kat luar dulu.... hmmm x sempat nak suruh suami aku masuk balik aku dah beranak.... tepat pukul 11.45am.... huhhhhh lega rasanya... masa tu hilang semua rasanya sakit2 pinggang semasa mengandung. LEGAAAAAA.....
Dah siap depa bersihkan kesan2 darah, nurse g panggil hubby aku tuk tgk bb n azan bb.... pastu depa tolak aku g bilik menunggu sementara nak tunggu depa antor kat wad. Kul 5.30pm nurse antor aku kat wad 6B....
Husband aku dtg jumpa aku kat wad pulak... tengok apa yang patut dia buat. nasib baik waktu tu bb x de wat hal... cuma aku la pulak mcm kena buasir pulak.... nak duduk pun payah.....
Esoknya aku dah boleh balik...
ni diaaa gambar MUHAMMAD AZEEM BIN MOHD SALIM.. waktu gambar ni diambil Azeem dah umur 5 bulan..