Pages

Sunday, 26 August 2012

Raya Aidilfitri 2012


Hmmmm Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi… hari ni merupakan 8 Syawal.. Macam mana raya hari tu yaa.. makan banyak… hehehe semestinya yaa.. makan-makan jugak… tapi kesihatan kena jaga juga yaaa…

Sebelum raya hari tu memang dah plan nak balik Kelantan (Ambo ni memang asal ore’ Klate) tapi ayah n mak tinggal kat Sungai Buloh aje.. Tap abah pulak tak nak balik raya kat Klantan.. katanya tak larat nak balik raya sana… lagi pun atuk n nenek dah tak de.. So abah n family yang lain raya kat Sungai Buloh aje…

Disebabkan plan dah bertukar… so saya pun balik la kampong En. Hubby… nun kat Perlis sana.. Balik kampong hari tu guna train… hari jumaat lagi dah bertolak.. Train kul 8.45am sampai kat Butterworth kul 4.45pm.. En Hubby kan kerja kat Bukit Mertajam so lagi senang la kat dia tak yah nak balik Kl pas tu nak bertolak balik kampong pulak…. Budak-budak memang enjoy sesangat naik train ni. Siap ambik yang tempat tidor lagi.. 2 untuk dewasa 1 untuk kanak-kanak. Bibik pun ikut balik kampong skali so senang la sikit nak handle bebudak yang nakal-nakal ni…

 Tu diaaa tiket... 2 dewasa 1 kanak-kanak.. Tuk dewasa satu RM46.00, kanak-kanak RM33.00. Tu rate tuk yang ambik tempat tido laa..
Raya pertama…. Pagi-pagi semua dah bangun.. bersiap-siap nak pergi sembahyang raya kat masjid. Azeem yang baru berusia 5 bulan tu pun ikut sama.. tapi dok ngan bibik laa.. Habis aje sembahyang raya ada pulak sesi bagi duit raya tuk kanak-kanak kat masjid tu.. Dapat la RM5 sorang…. Wah bebudak sekarang ni duit raya paling sikit pun RM2 tak de lagi cam zaman saya dolu-dolu… 20 sen, 30 sen… ada jugak 10 sen tau… nak dapat RM10 tu habis rumah satu kampong beraya tu pun belum tentu leh dapat RM10 tau…
Azeem dah bersiap-siap nak g sembahyang raya
Cica n Addeen.. kira duit raya ke? tuk mami tak de ke?

Bersama-sama cousin...

Mami n Azeem... muka monyok aje azeem ni.. dah bosan ke sesi photography ni???

Balik dari masjid sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan… Mintak Maaf ya Dadi… mintak diampunkan segala dosa dan dihalalkan makan minum yaaa..

Sesi bermaafan - Cica n Dadi 
 Ain n Dadi.. Ain : "Sorry dadi.... I luv u dadi.."
 Ain yang ambik gambor ni... ok jugak ya...

Azeem yang kepenatan....
 dadi yang kepenatan...

Semua dah berbaring... dah penat.. berehat sambil layan TV.. program raya pun bes gak.. LAYANNNN

 Addeen... 

Petang raya pertama, g Sg. Petani.. g umah Tok Mamu.. Kat umah Tok Mamu.. main menu juadah hari raya ialah steam bot.. Bes Bes bes Bes…. Malamnya tido kat rumah Tok Mamu sebab sok paginya nak beraya kat Penang pulak.. nak g melawat Mami Timah yang tak sihat kat hospital (masuk wad icu). Mami ni ada penyakit kencing manis n darah tinggi. Penglihatannya pun tak jelas disebabkan oleh kencing manis. Mami Timah ni ialah isteri kepada abang mak mertua ku (Mamu Ghani)....

 On the way to rumah Tok Mamu kat Sg. Petani...
Masa kat hospital tu.. (raya ke dua) Mami Timah dah tak sedar… mami kena guna life support.. sedih tengok keadaan mami. Saya mengurut-urut tangan mami n usap kepala mami… sambil mebisikan ketelinganya …”semoga mami cepat sembuh dan kalau dipanjangkan umur kite dapat berjumpa lagi”.... Mintak maaf ya mami….


Pada 21.08.2012, lebih kurang pukul 7.30pm.. doctor kata mami dah tak de harapan… mami dibawa pulang ke rumahnya di Gelugor.. Semua berkumpul di keliling mami till to the last breath…. Awal pagi hari raya keempat (22.08.2012)….lebih kurang pukul 12.30am, Mami Timah pergi buat selama-lamanya…… waktu tu saya n family tak de kat Penang, lepas melawat mami kat Hospital, kami terus balik ke Perlis.
Hari raya ketiga, kami wat makan-makan n jemput sedara-mara datang berkunjung. Bunyinya cam banyak aje ya saudara-maranya… Belah Mr hubby tak ramai sangat saudara mara nya.. yang ada Cuma makcik, mamu Ghani n mamu Latif. Mamu Ghani tak datang sbb Mami Timah sakit. Mamu Latip (Tok Mamu) lak ada program lain pulak… So jamuan hari tu yang datang Cuma makcik n anak-anaknya n menantu-menantunya. Menu tuk hari tu Kueytiow kungfu, spaghetti Bolognese, ayam goreng rempah, nasi goreng cina n buah tembikai. Lina ada buat kek batik so dihidangkan sekali.. . All sponsored by Mr. Hubby.. Tq dadi… Moga dimurahkan lagi rezekinya.... Sekali sekala berkumpul ramai-ramai mmg bes….

Antara memunya....
 Kek Batik.... hasil kerja Lina... (Adik Ipar ku)

Ketupat... patutnya makan ngan sate... tapi sate lak tak sampai.sampai...

 Ayam goreng berempah... sedapnya...

nasi goreng cina - dari Chef Mie...

 Kuah Spaghetti

dan akhir sekali buah-buahan pencuci mulut.

Gambar kurytiow kungfu lupa nak snap laa... Saya tau yang buat kueytiow kungfu tu... semua kata sedap... perasan ke? hehehehe

No comments:

Post a Comment