Pages

Monday, 3 September 2012

Merdeka 2012 at Dataran Merdeka

Semakin dekat menjelang Hari Kemerdekaan Negara semakin kerap DJ radio dan juga stesen telivisyen tempatan memutarkan lagu “Tangal 31” yang didendangkan oleh Penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Ia seolah-olah satu dimana stesen televisyen mahu pun radio memutarkan lagu berkenaan menjelang 31 Ogos. Tahun ini (2012), rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa penyanyi asal lagu “Tanggal 31” ialah penyanyi dan komposer Ahmad CB (Ahmad Chass Barra) yang merupakan artis era 60an. Pada asalnya lagu patriotik itu berentak march iaitu perlahan namun ianya digubah semula oleh S. Atan pada tahun 1982 atas permintaan Sudirman agar berentak pop yang lebih pantas. “Tanggal 31… bulan 8… 57….hari yang mulia hari yang bahagia kita sambut dengan gembira…..” itulah bait-bait lagu nyayian sudirman.
Pagi 31 August 2012, aku dan keluarga dah bersiap-siap untuk ke Dataran Merdeka bagi menyambut Hari Kemerdekaan. Anak-anak pun dah excited nak gi Dataran Merdeka. Nak g Dataran sure jem sebab banyak jalan yang ditutup. So sebagai alternatifnya aku n family naik Star LRT. Kami menaiki train dari stesen Sri Petaling dan turun di stesen Masjid Jamek. Sepanjang hidup aku ni la first time g celebrate Merdeka Day. Saja aje aku bawak bebudak ni g Dataran… saja nak bagi depa have an experience.
On the way to masjid Jamek. masa kat dalam train boleh tengok bertapa sukanya Adeen n Cica

 
 Hehehehe... kalau dapat naik tran... sukanya dia...

Sampai kat stesen Masjid Jamek, mmmm ramai gak yaa orang ni… kat tepi-tepi jalan ada peniaga yang menjual horn, wig, bendera etc. Masa aku sampai kat Dataran, perarakan dah habis pun…. Yang aku sempat tengok cuma perarakkan kuda tu pun dan ujung-ujung…
Permandangan kat area Stesen Masjid Jamek... Terdapat pelbagai aksi dari peniaga bagi menarik pelanggan membeli barangan mereka.
Waktu sampai kat Dataran Merdeka, sesi perarakkan dan habis yang tinggal hanya kuda-kuda ajeee
Ni antara snap yang diambil semasa hari Merdeka. Walaupun it is a big crowd, tapi semuanya still under control.
Antara peserta yang mengambil bahagian pada Hari Kemerdekaan Yang ke 55 di dataran Merdeka
                     
Kibaran Jalur Gemilang....

merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tumpang duduk kat pentas VVIP
Tengok tu.... batu cincin dia... wooo besornya... dengan beg LV nya.... baru lah sajak dikatakan wife VVIP... tak gitu? Org sebelah tu... siap bawak kipas gitu....

Cica dah mula kepenatan....

Addeen.......

Cici aka Ain

Catching my eyes....

Beginilah rupa pasu bunga apabila acara selesai... mana gi bunga-bunga tu yek?

Akak pegang apa tuuuuu???

"Cantik bunga kak...." hehehe rupa-rupanya ramai-ramai pakat ambik bunga bawak balik...

Eh Eh bro... u pun minat ngan bunga gak ke?

Maskot yang berebut-rebut org nak ambik gambor... mana yang anda pandang? maskot atau awek kat sebelah maskot?

Mami n Cica nak gak ambik gambor ngan tiger ni... tapi dr kejauhan laaa...

Addeen pun nak gak ambik gambor ngan maskot tapi dr belakang... cuma dapat pegang ekor maskot aje....



1 comment:

  1. Dear Zana,

    Assalamu alaikum. I and my wife ( Zurina) make a humble request to you. Do have any knowledge about the heirs of revered poet and singer Achmad Chass Barra. My wife Zurina is the niece of his late half brother from Kuching ( Cegu Adullah Sheik Awad- late Sheik Awad was the father of Achmad CB too). Will you help us to reunite the family in Indonesia? We lost the contacts for sometime now. And we wish to know in which relationship or connection you are connected to Achmad CB.
    Wa salamu alaikum.

    Ikhlas,

    Jamal

    ReplyDelete